Tuesday, 27 August 2013

INFO SIHAT.BAHAYA KEPAK AYAM UNTUK WANITA



Satu artikel info kesihatan berkenaan bahaya kepak ayam terutamanya kepada para wanita diluar sana. Semoga artikel ini memberi manfaat kepada semua pembaca.

Pertumbuhan sista(cyst) dalaman. Elakkan daripada memakan kepak ayam (chicken wing) dengan kerap terutamanya kaum wanita.

Kisah Benar, Seorang rakan baru-baru ini mempunyai ketumbuhan dalam rahim, dan dia menjalani pembedahan untuk membuang sista tersebut. Sista yang dikeluarkan adalah dipenuhi dengan darah yang berwarna gelap.


Dia menyangka bahawa dia akan pulih selepas pembedahan tetapi jangkaannya salah. Ketumbuhan berlaku hanya beberapa bulan kemudian. Beliau bergegas turun ke pakar sakit puan itu untuk bertanyakan masalahnya. Semasa rundingan, doktor bertanya soalan yang memeranjatkan beliau.

Doktor bertanyakan adakah dia adalah seorang pengguna yang kerap memakan kepak ayam dan dia menjawab ya, tertanya-tanya tentang bagaimana, dia tahu tabiat makannya. Sebenarnya pada hari ini ayam disuntik dengan steroid untuk mempercepatkan pertumbuhan mereka supaya keperluan masyarakat ini dapat dipenuhi. Keperluan ini adalah tidak lain daripada keperluan untuk makanan.

Ayam-ayam yang disuntik dengan steroid biasanya disuntik di leher atau kepak. Ini disebabkan di tempat-tempat ini bahawa kepekatan tertinggi steroid wujud. Steroid ini telah menyebabkan kesan ke atas badan kerana ia mempercepatkan pertumbuhan.

Ia mempunyai kesan yang lebih berbahaya dalam kehadiran hormon wanita, ini membawa kepada wanita yang lebih cenderung untuk pertumbuhan sista yang di dalam rahim. Oleh itu, saya menasihati orang di luar sana untuk melihat diet mereka dan juga mengurangkan kekerapan mereka memakan kepak ayam.
 
 

Friday, 23 August 2013

Bahaya loket radioaktif





RAMAI yang mendakwa loket radioaktif yang diambil dari kawasan gunung berapi mempunyai banyak kelebihan.

Bagaimanapun kajian menunjukkan penggunaan loket yang mengandungi bahan radioaktif semulajadi tidak memberi sebarang faedah dari segi perubatan sebaliknya boleh memudaratkan pengguna.
Lembaga Pelesenan Tenaga Atom (LPTA) menegaskan produk berkenaan boleh memudaratkan pengguna jika terdedah kepada dos sinaran yang berlebihan.

Setiausaha Eksekutif LPTA, Raja Datuk Abdul Aziz Raja Adnan berkata, Kementerian Kesihatan mengesahkan penggunaan produk ini tidak memberi sebarang faedah perubatan.
Berikutan itu, beliau mengingatkan pengeluar, pengedar, penjual, pengimport dan semua pihak yang berurusan dengan loket berkenaan memastikan sisipan peringatan keselamatan dikepilkan bersama produk yang dijual kepada orang awam.

Umum harus dimaklumkan bahawa produk berkenaan mengandungi bahan radioaktif semulajadi dan pengedar bertanggungjawab memaklumkan kepada pengguna mengenai dos sinaran maksimum pada permukaan produk serta cara pemakaian yang selamat.

Malah menurut Raja Abdul Aziz, tempoh maksimum pemakaian harian juga perlu dipastikan supaya had dos tahunan bagi orang awam tidak melampaui 1 mSv/tahun, selain pengedar memberi nasihat mengenai tatacara pelupusan yang selamat.

“Wanita hamil, ibu menyusu dan kanak-kanak yang menggunakannya perlu merujuk kepada pengamal perubatan.

“Kementerian menegaskan kumpulan ini paling terjejas jika terdedah kepada dos sinaran berlebihan," katanya dalam satu kenyataan.

Peringatan keselamatan itu bertujuan memberi panduan kepada orang awam rentetan daripada keraguan yang timbul berhubung aspek keselamatan dan kesihatan loket radioaktif ini.
Abdul Aziz berkata, peringatan keselamatan turut terpakai kepada produk lain yang mengandungi bahan radioaktif semulajadi yang nyata.

Isu loket mengandungi bahan radioaktif semulajadi timbul September tahun lalu, apabila Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa Kementerian Kesihatan mengharamkan produk berkenaan.
Ia berikutan kajian LPTA pada awal 2011 mendapati kepekatan bahan radioaktif thorium-232 dan uranium-238 pada loket berkenaan melebihi paras dibenarkan.


Gambar Jehan Miskin & Isteri pakai rantai seakan salib (cross) dikritik peminat..!!


Gambar Jehan Miskin pakai rantai seakan salib dikritik peminat -
 Isu artis memakai rantai berbentuk salib memang berlaku di mana-mana. Sebelum ini, pelakon dan penyanyi berbibir seksi, Kilafairy pernah dikritik peminat kerana memuatnaik sekeping gambar dirinya sedang memakai loket berunsurkan lambang salib.

Terbaru, giliran Jehan Miskin pula dikritik peminat di laman Instagram kerana memuatnaik sekeping gambar dia dan isterinya sedang memakai sepasang rantai yang menyerupai bentuk salib. Gambar tersebut disertakan caption yang berbunyi "J&J. Thank you Thomas Sabo for the gorgeous jewelry #rebelatheart".

Sebahagian komen-komen yang ditinggalkan peminat meminta pelakon kacak itu berhati-hati dalam soal pemilihan aksesori kerana dikhuatiri akan mempengaruhi pemikirannya sebagai orang Islam.

Sebagai menjawab kepada kritikan peminat tanpa usul periksa, Jehan menerangkan bahawa loket yang dipakainya bukanlah simbol salib, malah simbol tersebut lebih dikenali sebagai fleur-de-lis ataupun paling mudah ianya boleh dilihat sebagai simbol pasukan pengakap.

PENJELASAN RITA RUDAINI – BAHAGIA CUMA 9 BULAN DAN PERNAH DIHALAU KELUARGA AIDIL



Dihari yang baik ini, tak ada niat pula mahu jadi batu api. Namun untuk keadilan, tak salah rasanya kalau ammboi paparkan juga kenyataan balas dari Rita Rudaini jika sebelum ini ammboi pernah siarkan penjelasan dari Aidil. Selebihnya anda nilaikanlah sendiri. Mana yang baik, jadikan teladan dan yang buruk jadikan sempadan. Semoga kisah mereka ini boleh dijadikan sebagai pengajaran untuk kita semua.
rita rudaini vs aidil zafuan
Memetik laporan Berita Harian, pelakon Rita Rudaini yang sudah bercerai dengan pemain bola sepak pasukan Johor Darul Takzim (JDT), Aidil Zafuan Abdul Radzak memberitahu dia hanya sempat mengecap nikmat kebahagiaan berumah tangga selama sembilan bulan, kemudian Rita melalui pelbagai cabaran dalam perkahwinan mereka termasuklah kes makhamah yang berlarutan sehingga dua tahun lamanya.
“Sembilan bulan yang pertama memang kami cukup bahagia. Tetapi sejak keluarganya campur tangan, kami sering bergaduh. Jarang pergaduhan itu berpunca daripada masalah kami, tetapi datangnya daripada keluarga Aidil. Setiap kali selepas pulang menziarah keluarganya di Seremban, sikap Aidil pasti berubah. Ada saja perkara yang akan mencetuskan pergaduhan hingga setiap kali dia balik ke sana, tidak sedap jadinya hati saya. Macam mana dia hendak menjadi pemimpin yang baik jika hidupnya masih dikawal keluarga? Jadi, jangan kata Rita isteri yang tidak taat, jika dia sendiri tidak menunjukkan teladan yang baik kepada Rita dan anak-anak,” katanya.
Rita juga berkata, kini dia tidak lagi kisah jika masyarakat memandang serong setiap kenyataan yang keluar dari mulutnya, termasuk ‘menuduh’ bekas ibu serta bapa mentuanya sebagai cetek ilmu agama. Malah dia turut menyangkal dakwaan Aidil kononnya dia tidak pernah cuba berbaik dengan ibu dan bapa mentuanya. Sebaliknya mendedahkan dia pernah dihalau oleh kakak Aidil tanpa belas kasihan.
“Siapa kata saya tidak pernah cuba berbaik dengan ibu dan ayahnya? Walaupun adik-beradiknya tidak menerima saya, namun saya tetap menghubungi orang tuanya untuk bertanya khabar. Mereka melayan saya dengan baik, malah saya juga kerap mengirim makanan untuk keluarganya setiap kali dia pulang menemui mereka. Cuma yang pelik, apabila Aidil menyatakan hasratnya untuk bercerai dengan saya sewaktu usia kandungan kedua mencecah tujuh bulan, ibu dan bapanya tiba-tiba berubah sikap. Bapanya meminta supaya Rita tidak mengganggu mereka termasuk Aidil, kerana tidak mahu tumpuan Aidil pada latihan terganggu.
“Saya pernah dihalau dari rumah kakak Aidil tanpa belas kasihan, walhal ketika itu saya sedang mengandungkan anak sulung kami. Niat bersemuka dengan keluarga Aidil untuk mendapat restu mereka menjadi detik cukup menyedihkan apabila kami dihalau keluar. Tidak cukup dengan itu, pelbagai kata-kata nista dilemparkan hanya kerana Rita lebih tua daripada suami dan berstatus janda”, kata Rita dalam laporan berkenaan.
Membaca kenyataan yang dikeluarkan oleh Rita Rudaini, ammboi rasa pelik juga. Namun tak apalah, ammboi malas nak buat andaian. Anda fikirkan sendiri. Sepertimana yang ammboi tekankan awal-awal diatas, kisah ini adalah kehidupan yang kita juga bakal tempuhi bersama pasangan kita. Macam mana hubungan dengan mertua, dengan keluarga mereka dan sebagainya mungkin ada sedikit persamaan.
gambar aidil zafuan rita rudaini dan anak-anak
Pada mereka yang juga ada masalah yang sama, cari jalan yang lebih baik untuk berdamai. Buang segala ego dan sikap buruk kita. Banyakkan berdoa, Insya Allah DIA akan makbulkan doa kita. Semoga Aidil dan Rita juga sama. Doa ammboi sentiasa mahu melihat mereka kembali bersama. Kesian pada anak-anak yang masih baru nak belajar mengenal dunia.

Wednesday, 21 August 2013

5 KHASIAT KISMIS





Menjelang tempoh peperiksaan, selalunya ibubapa berpesan supaya banyakkan makan kismis agar otak cergas. Apakah sebenarnya khasiat kismis? Adakah khasiat kismis hanya terhad untuk menajamkan minda sahaja? Ayuh kita ketahui 5 khasiat kismis yang perlu kamu tahu.

1.Snek Menajamkan minda.
Apakata kamu jadikan kismis sebagai snek, menggantikan gula-gula yang biasa kamu makan? Ini kerana,kismis merupakan buah kering yang membekalkan gula semulajadi iaitu gula fruktosa yang mudah ditukar kepada tenaga, untuk tubuh. Gula ringkas ini dapat membantu dalam menajamkan minda, meningkatkan daya tumpuan dan daya ingatanmu.

2.Antioksida
Seperti aprikot dan prun, kismis juga merupakan agen antioksida yang baik. Ia berkhasiat dalam melindungimu daripada terdedah dengan kerosakan sel tubuh serta serangan penyakit seperti demam dan selsema.

3.Kesihatan Mata
Kismis sebagai agen anti oksida dapat melindungi matamu dari radikal bebas seperti katarak dan kemerosotan daya penglihatan disebabkan lanjutan usia. Selain itu, kismis juga kaya dengan Vitamin A, serta Beta Kerotin yang baik untuk kesihatan mata.

4.Gigi sihat
Pasti kamu merasa melekit dan manis apabila mengunyah kismis bukan? Walaupun kismis mengandungi kandungan gula yang tinggi, namun ia tidak merosakkan gigimu. Malahan, Asid Oleonolik yang terkandung dalam kismis dapat menghalang pembiakan bakteria dalam mulut yang boleh menyebabkan masalah gigi seperti kaviti.

5.Menguatkan tulang
Kismis dapat menguatkan tulang kerana ia adalah sumber boron yang baik. Boron dapat membantu khususnya wanita dalam mencegah masalah Osteoporosis, iaitu penyakit yang membuatkan tulang lemah dan rapuh.

33 dikhuatiri maut dalam nahas bas


genting_1PETALING JAYA- Sekurang-kurangnya 33 orang dikhuatiri mati selepas sebuah bas yang membawa pelancong terhumban ke dalam gaung sedalam 30 meter di Kilometer 36, Lebuh Raya Karak menghala ke Kuala Lumpur kira-kira pukul 2.20 petang Rabu.
Sehingga kini seramai 17 mangsa berjaya dibawa keluar daripada bas.
Menurut maklumat pasukan bomba di lokasi, salah seorang daripada mangsa yang dikeluarkan maut ditempat kajadian.
Menurut bomba, 33 orang mangsa yang masih terkandas di dalam bas.

Tuesday, 20 August 2013

CARA LEBATKAN RAMBUT SEMULA JADI






Rambut merupakan simbol kecantikan dan kepribadian seseorang dengan memiliki rambut yang panjang, sehat dan indah merupakan daya tarik yang dapat mempesona kedua mata di hadapan banyak orang. Rambut yang hitam alami, lebat dan lembut tentu akan menambah pesona diri anda dan meningkatkan kepercayaan diri.
Rambut yang rontok pastinya membuat tampilan rambut menjadi lebih tipis dan untuk menumbuhkan rambut kembali membutuhkan waktu yang cukup lama, namun dalam pertumbuhannya tak seindah rambut sebelum mengalami kerontokan. Rambut yang tebal, lebat dan hitam memang menjadi idaman setiap wanita dengan rambut yang tebal, lebat dan hitam dapat menjadi pusat perhatian dan menjadi kebanggaan tersendiri.
Berikut cara melebatkan rambut secara alami dengan menggunakan bahan-bahan herbal yang ada disekitar kita :
1. Daun mangkok
Daun mangkok yang banyak ditemukan dan mudah di dapat. Ternyata dapat digunakan sebagai ramuan herbal untuk melebatkan dan menghitamkan rambut. Caranya dengan :
- 10-15 lembar daun mangkok, kemudian cuci bersih, potong dan tumbuk hingga halus
- Campurkan sedikit air, aduk hingga rata. Kemudian oleskan ramuan daun mangkok dari kulit kepala hingga ujung rambut sambil dilakukan dengan pijatan kecil.
- Diamkan 10-15 menit kemudian bilas rambut hingga bersih. Lakukan cara ini dengan daun mangkokan minimal seminggu sekali.
2.Lidah buaya
Lidah buaya memang sudh sejak lama digunaan sebagai tanaman dengan multifungsi salah satunya sebagai herbal untuk menghitamkan, melebatkan dan melembutkan rambut. Lidah buaya sudah banyak dimanfaatkan oelh para produsen dobat kecantikan dan obat perawatan wajah, tubuh hingga rambut yang bisa di dapat di supermarket atau pasar tradisional. Cara melebatkan rambut dengan lidah buaya :
- Ambil 1 buah lidah buaya ukruran sedang, cuci bersih kemudian belah menjadi 2 bagian
- Kemudian ambil isi daging lidah buaya, lalu oleskan dari kulit kepala hingga ujung rambut dan diamkan sejenak sampai 15 menit. Kemudian keramas hingga bersih sambil dipijat ringan, lakukan car aini minimal seminggu sekali.
3.Madu
Madu yang juga dapat digunakan sebagai oabt untuk melebatkan rambut dpasca kerontokan rambut memang dipercaya memiliki fungsi dan manfaat yang luar biasa yang telah banyak digunakan untuk bahan kosmetika, kesehatan hingga perawatan tubuh dan rambut. Caranya dengan :
- Oleskan madu secara merata pada rambut dan diamkan 10-15 menit
- Lalu keramas hingga bersih
4. Bonggol Pisang
Bonggol pisang juga dapat digunakan untuk melebatkan dan menyuburkan rambut dengan memanfaatkan bonggol pisang. Caranya dengan :
- Ambil bonggol pisang secukupnya, bersihka hingga tak ada getah yang tersisa
- Memarkan bonggol pisang dan taruh pada wadah agar mengeluarkan air dari bonggol tersebut, biarkan hingga semalaman hingga terkumpul air dibonggol tersebut
- Keesokan harinya gunakan air dari bonggol pisang tersebut untuk keramas sambil dipijat-pijat. Kemudian bilas rambut hingga bersih.
5. Minyak Jarak pagar
Minyak jarak pagar yang diperoleh dari buah daun jarak ini dapat membantu melebatkan rambut dan merangsang pertumbuhan rambut baru, untuk mendapatkan minyak jarak pagar dapat diperoleh di pasar tradisional, cara menggunakan minyak jarak pagar, sebagai berikut :
- oleskan minyak jarak pagar pada kulit kepala hingga ujung rambut secara merata, sambil dipijat lembut
- Diamkan sejenak hingga minyak jarak pagar diserap oleh akar rambut hingga 15 menit. Kemudian bilas dengan bersih hingga tak ada sisa minyak di kulit kepala.