JOHOR BAHRU - Tiga lelaki termasuk seorang pensyarah kanan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) menghadapi 20 pertuduhan memalsukan invois bernilai keseluruhan lebih RM2 juta di Mahkamah Sesyen Johor Bahru tadi.
Mereka ialah bekas Pengurus Kanan Bahagian Perunding Teknologi Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia (MTDC) Samad Sapari, 49, Pensyarah Kanan UTM Abdul Aziz Abdul Kadir, 49, dan ahli perniagaan Mohamad Farhan Chua Abdullah, 46.
Ketiga-tiganya mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan. – Metro

No comments:
Post a Comment