Showing posts with label Berita. Show all posts
Showing posts with label Berita. Show all posts
Monday, 19 August 2013
Adi Putra dimasukkan ke wad kecemasan
KUALA LUMPUR – Pelakon popular Adi Putra berada di wad kecemasan sebuah hospital di ibu negara selepas mengalami masalah kesihatan pagi ini.
Bagaimanapun, isterinya, Zuhaidah Yusof, 38, ketika dihubungi Utusan Online enggan menjawab sebarang soalan, termasuk keadaan suaminya dan hospital berkenaan.
“Maaf saya tidak boleh beritahu apa-apa sekarang. Kami masih berada di wad kecemasan,” katanya ketika dihubungi menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS).
Zuhaidah dalam laman Instagramnya kira-kira pukul 9 pagi ini memaklumkan bahawa beliau sedang berada di dalam ambulans untuk membawa Adi atau nama sebenarnya Mohamed Hadi Putera Halim, 32, ke hospital.
Dua hari lalu, isterinya turut memuatkan gambar Adi sedang terlantar di hospital tetapi tidak memberikan penjelasan berhubung punca pelakon lelaki digilai itu dimasukkan ke hospital. – Utusan
Saturday, 17 August 2013
Sembelih Anak Untuk Minum Darah
Dalam kejadian jam 9.20 malam, mangsa, Haikal Salimar menggelupur kesakitan sebelum meninggal dunia akibat kecederaan parah di leher.
Lebih mengerikan lagi, bapa mangsa, Salimar Hamad, 35, seolah-olah tidak menghiraukan keadaan anak bongsunya yang berlumuran darah, sebaliknya bertindak menghirup darah yang membuak keluar dari leher kanak-kanak malang itu.
Sambil meluahkan perasaan marah, Imam berkata, menantunya itu bertindak seperti haiwan.
Sambil meluahkan perasaan marah, Imam berkata, menantunya itu bertindak seperti haiwan.
“Saya terkejut dengan tindakannya dan ahli keluarga lain berusaha menahan perbuatan itu tetapi gagal. – Sumber.
Subscribe to:
Posts (Atom)
